Arahan Penerimaan

Penghantaran Ke Rumah:

1. Setelah menerima bungkusan, sila pastikan bilangan karton sepadan dengan maklumat di laman web BuyMall. Jika tidak, maklumkan kepada pemandu dengan segera dan catatkan karton yang hilang pada Pesanan Penghantaran.

2. Periksa balutan luar bungkusan untuk sebarang kerosakan. Ambil gambar jelas keempat-empat bahagian bungkusan dan gambar jelas nombor bil Malaysia.

3. Jika balutan luar bungkusan rosak atau menunjukkan sebarang tanda pembongkaran, timbang bungkusan untuk mengesahkan sama ada beratnya sepadan dengan butiran bungkusan. Ambil gambat sebagai bukti.

4. Bila membuka bungkusan, sahkan dahulu nombor bil. Jika ada item yang hilang, ambil gambar semua nombor bil yang ada di dalam bungkusan dan hubungi perkhidmatan pelanggan BuyMall dengan maklumat berikut: gambar semua sisi bungkusan, gambar timbangan elektronik, gambar nombor bil Malaysia, nombor penjejakan item yang hilang dan bukti pembelian barang tersebut untuk memudahkan penyiasatan.

5. Jika terdapat sebarang isu dalam masa 72 jam selepas menerima barang, sila laporkan dengan segera kepada perkhidmatan pelanggan dan simpan semua bungkusan untuk siasatan lanjut. Penyerahan lewat tidak akan dilayan.

Penerimaan di Tempat Pengambilan:

1. Selepas menerima bungkusan, sila periksa balutan luar untuk sebarang kerosakan. Ambil gambar semua bahagian pakej dan gambar jelas nombor bil Malaysia.

2. Sila bertanya dengan pihak kaunter jika ada tempat penimbang di situ. Jika tidak, timbang bungkusan secara berasingan dan ambil gambar untuk mengesahkan sama ada beratnya sepadan dengan butiran bungkusan.

3. Bila membuka bungkusan, sahkan dahulu nombor bil. Jika ada item yang hilang, ambil gambar semua nombor bil yang ada di dalam bungkusan dan hubungi perkhidmatan pelanggan BuyMall dengan maklumat berikut: gambar semua sisi bungkusan, gambar timbangan elektronik, gambar nombor bil Malaysia, nombor penjejakan item yang hilang dan bukti pembelian barang tersebut untuk memudahkan penyiasatan.

4. Jika terdapat sebarang isu dalam masa 72 jam selepas menerima barang, sila laporkan dengan segera kepada perkhidmatan pelanggan dan simpan semua bungkusan untuk siasatan lanjut. Penyerahan lewat tidak akan dilayan.

Pengambilan di Gudang:

1. Apabila setuju untuk penghantaran, sila sahkan bilangan item dan nombor penjejakan sepadan dengan butiran bungkusan. Jika tidak, beritahu kakitangan gudang dengan segera.

2. Jika disahkan bungkusan itu kehilangan barang, hubungi khidmat pelanggan BuyMall dengan maklumat berikut untuk siasatan: gambar semua sisi bungkusan, gambar timbangan elektronik, gambar nombor bil Malaysia, nombor penjejakan barang yang hilang dan bukti pembelian untuk barang tersebut bagi memudahkan siasatan.

3. Jika terdapat sebarang isu dalam masa 72 jam selepas menerima barang, sila laporkan dengan segera kepada pihak khidmat pelanggan dan simpan semua bungkusan untuk siasatan lanjut. Penyerahan lewat tidak akan dilayan.

Perhatian:

1. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan barang disebabkan faktor seperti pecah, isu kualiti, kerosakan tikus, lusuh semula jadi atau keadaan lain yang tidak dijangka.

2. Kami tidak bertanggungjawab di atas bungkusan yang mempunyai barang terlarang. Klik di sini untuk melihat senarai barang terlarang.

3. Kami tidak bertanggungjawab di atas kerugian yang ditanggung semasa penghantaran disebabkan oleh keadaan cuaca buruk, tsunami, gempa bumi, banjir atau bencana alam yang lain.

4. Kami tidak bertanggungjawab ke atas barangan yang melebihi tempoh tamat atau tempoh jaminan kerana penghantaran.


Sila ambil perhatian: Untuk melindungi hak pengguna kami, sila periksa dengan teliti barang anda setelah diterima. Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi khidmat pelanggan dengan segera. Perkara di atas boleh diubah mengikut keadaan semasa.

China Bank And Alipay Transfer is opening